9 Syarat-Syarat Asas Pinjaman MARA

Mungkin ada usahawan atau bakal usahawan yang tak sedar atau terlupa bahawa MARA ada menawarkan pembiayaan untuk perniagaan.

Apa pun, sebelum anda membuat permohonan ada baiknya teliti dulu syarat kelayakan memohon pinjaman daripada MARA. Kalau dah tak cukup syarat, tentulah permohonan tu takkan diluluskan dan masa pun banyak yang terbuang.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Tauke, kira-kira dua tiga tahun lepas ramai juga yang merungut kerana menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank dan agensi berkaitan termasuklah pihak MARA.  Ada juga cakap-cakap yang mengatakan pemohon baru susah nak dapatkan pinjaman kerana duit MARA dah hampir kering sebab ramai peminjam terdahulu tak bayar.

Bagaimanapun berita yang dilaporkan ini nampaknya dah menjelaskan bahawa MARA masih lagi merupakan salah satu agensi kerajaan yang terus memainkan peranan untuk membantu para usahawan dan bakal usahawan.

Syarat-syarat kelayakan memohon skim-skim pembiayaan atau pinjaman MARA adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
  2. Berumur 18 tahun dan keataspinjaman mara
  3. Pengalaman atau pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  4. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  5. Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek
  6. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa
  7. Dapat mengemukakan cagaran/jaminan yang mencukupi
  8. Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang yang diceburi kurang daripada 6 bulan
  9. Menjalani ujian Psikometri (kecuali Skim SPiKE)

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA perlu dipenuhi dan dipatuhi bagi memudahkan segala proses pembiayaan. Apa yang pasti, syarat-syarat ini adalah untuk memastikan para usahawan yang ingin memohon benar-benar bersedia untuk melaksanakan sebarang projek dan perniagaan apabila permohonan pembiayaan telah diluluskan.

Dalam suratkhabar perdana pada 6 September 2011 dilaporkan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) MARA dah bimbing seramai 62,586 usahawan dan jumlah pembiayaan yang dah diluluskan oleh MARA berjumlah RM1.99 bilion.

 

informasi perniagaan berkaitan:

pinjaman perniagaan mara . pinjaman mara untuk perniagaan . syarat pinjaman mara . syarat pinjaman mara untuk perniagaan . pinjaman mara .

Comments

  1. SALBIAH BT SARIF says

    saya ada menjalnkan perniagaan aksesori dan pakaian wanita ingin membuat pinjaman Mara utk menambahkan lg brg di kedai saya krn permintaan yg tinggi kerana selain membuka kedai saya juga ingin membuka di pasar malam bagaimana cara2nya

  2. Daeng Sulong says

    Salam, ini adalah pengalaman yg baru berlaku semalam bila saya menemankan seorang rakan usahawan kecil belia yg telah memenuhi semua 9 syarat di atas tetapi malang sekali permohonan ditolak kerana beliau mempunyai rekod pinjaman pelajaran MARA pada tahun 2004.

    Walaupun beliau kini mempunyai perniagaan bengkel kereta yang berdaya maju dan telahpun 3 tahun beroperasi dan memiliki akaun semasa Maybank serta Rancangan Perniagaan dan memenuhi semua syarat2 dan dokumen yg diperlukan. Sayang usaha,kos dan masanya selama hampir 4 bulan menyiapkan permohonan tersebut ke pejabat MARA Alor Gajah,Melaka adalah sia2 belaka.

    Jadi kesimpulannya bagi saya semua yg diwar-warkan adalah indah khabar dari rupa dan jika anda ada hubungan/org dalam dalam MARA barulah anda boleh memohon.Dan bagi saya,MARA sebenarnya membantu usahawan Melayu yg terpilih shj dan membunuh semangat usahawan Melayu generasi baru yang berjihad ekonomi di buminya sendiri.

    Akhir sekali,marilah kita berdoa agar Allah Swt mempercepatkan kematian MARA krn pembohongan dan pendustaannya telah membunuh semangat Melayu Bumiputra kini,wassalam.INI ADALAH FAKTA BUKAN CERITA REKAAN ATAU FITNAH!!!

    • iey says

      Sape soh tak byar pinjaman tdahulu. Kalau dtg pinjam kt mane2 pun org tk bg, dah awal2 tk byr,second time tk brani lah org nk amek risiko nak bg lg. Kena iktiar la cri agensi lain,cth g kt baitumal minx borang bntuan pniagaan. Yang tu tk kna byar. Sbb bntuan. . InshaAllah kita usaha Allah pasti tlg. Makesure kna slalu la sujud pdaNya.

  3. mohd arif says

    salam,saya ada membekal besi ( suplyer besi)..saya memerlukan modal dalam 100 k la,nk kembangkan lagi bisness saya ,nk perlukan tempat untuk simpan besi..mcm mana saya nk membuat permohonam pinjaman..company sya, dh 2 tahun lebih aktif..mcm mana cara

  4. Hapizah says

    macam mana saya nak membuat pinjaman mara..saya juga salah seorang bekas pelajar giat mara klang selangor..semua sijil sijil saya melalui marA

  5. Asmah Johani says

    saya seorang pelajar petatih di sebuah jabatan kerajaan dan berhasrat untuk membuka perniagaan makanan dan minuman..saya belum lagi memulakan perniagaan berikut..adakah saya juga layak mendapat pinjaman dari mara..???

  6. za faris says

    Bagaimanakah untuk membuat pinjaman mara ,,kerana pihak kami memerlukan wang untuk membuat perniagaan kuih segera …oleh itu pihak kami sangat memerlukan bantuan mara supaya pihak kami boleh membuka perniagaan …selain itu,sekiranya mara ada pasaran mengenai kuih segera , pihak kami akan memasuki pasaran mara…..pinjaman untuk pihak kami hanya 5000 sebagai langkah permulaan perniagaan.

  7. Nuar says

    Salam…saya ade perniagaan petshop…bagai mane saya nk buat pinjaman mara bagi menambahkan lg brg di kedai saya krn permintaan yg tinggi..

  8. mohd syah zakuan says

    sekarang ni saya belum ada apa perniagaan yg tapi saya amat berminat dalam perniagaan tetapi masalah modal saya tidak dapat teruskan hasrat saya ini.

    kalau saya dapat pinjaman dalam 50k daripada mara..saya akan beli perniagaan daripada orang lain..saya kena ada modal dalam 50k.baru saya dapat saya teruskan hasrat saya ini.harap mara sudi bagi nasihat.saya ada pengalaman 15 tahun kerja dalam pasaraya.dan saya ingin membuka sebuah kedai runcit.

    Terima kasih

  9. Sabahan_guy says

    Hi Kawan2,

    Dalam laman sesawang MARA tu dah ditulis dengan jelas syarat2 serta cara2 membuat permohonan pinjaman MARA utk perniagaan… Sila baca dengan teliti dan fahamkan. Salah satu ciri2 usahawan yang berjaya adalah dengan melakukan perancangan teliti sebelum memulakan perniagaan, dan ini lah syarat utama yang diperlu di lengkapkan oleh bakal bakal usahawan yg akan diberi pinjaman oleh pihak MARA.

    Selamat Berjaya :+)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>