Berapakah Modal Yang Diperlukan Untuk Mula Berniaga?

Setelah meninjau-ninjau peluang (opportunity) yang ada dan anda dah dapat idea untuk mulakan bisnes sendiri, kini timbul pula satu lagi persoalan utama iaitu berapakah modal yang diperlukan untuk berniaga?

Cukup ke tidak persediaan tu dari segi kewangan, sebab baru sebulan dua berniaga lepas tu dah timbul masalah ta cukup duit. Haru…!

Bagi mereka yang tak pernah langsung berniaga tetapi sangat berminat untuk memulakan perniagaan sendiri, Tauke rasa soalan nie akan selalu bermain-main di minda siang dan malam silih berganti… last-last tak jadi meniaga. Setuju tak?

Jadi, berapakah sebenarnya modal yang diperlukan untuk berniaga?

Jawapan kepada persoalan ini sebenarnya melibatkan beberapa faktor dan yang paling utamanya ialah bergantung kepada jenis perniagaan yang ingin dijalankan dan berapa pantas anda ingin kembangkan perniagaan tersebut.

Justeru, anda kenalah sediakan satu list atau senarai segala perbelanjaan/pendapatan berkaitan dan anggarkan berapa kosnya yang perlu dikeluarkan dan berapa income/hasil jualan setiap bulan untuk sekurang-kurangnya 24 bulan akan datang. Haa… 24 bulan!? Oopss… ini adalah apa yang dipersetujui oleh kebanyakan ‘businessmen’ berdasarkan kajian Tauke. Tapi tak perlu ikut sangat… kalau dirasakan dalam 6 bulan, perniagaan yang diusahakan itu akan mula stabil, maka boleh saja buat anggaran untuk 6 bulan.

Maka di sini jelas memperlihatkan betapa pentingnya untuk menyediakan satu rancangan perniagaan yang munasabah (ada orang yang buat business plan yang terlalu optimistik..! Start bulan pertama lagi dah buat untung…).

Sebagai alternatif, kalau tak mahu pening-pening kepala buat business plan (atau memang sebab malas) ialah kaji satu persatu kepentingan setiap perbelanjaan yang difikirkan. Beri keutamaan kepada mana yang lebih perlu demi meminimakan modal, tetapi pada masa yang sama perlu juga ambilkira kualiti peralatan yang digunakan. Kalau beli semua yang terlalu murah jer, lepas tu pakai sekali dua rosak maka pada akhirnya modal akan lebih meningkat.

modal perniagaan

Jadi, secara asasnya, di sini saya kongsikan beberapa kos yang terlibat:-

  • Kos jualan:  Stok barang yang hendak dijual, bahan mentah, mesin/peralatan, kos pembungkusan, kos penghantaran dsb.nya
  • Yuran-yuran konsultansi dan profesionalfees:  Kos daftar perniagaan, urusan hakcipta, pendaftaran jenama, paten, dokumen perjanjian dengan rakan kongsi, upah akauntan, yuran peguam dan segala-mala yuran lagi yang berkaitan.
  • Perbelanjaan teknologi:  Alatan perniagaan seperti komputer, software, mesin cetak, telefon, mesin faks, kos membina dan menyelenggara website, yuran internet dll.
  • Kos pengurusan dan pentadbiran:  Pelbagai perbelanjaan termasuklah insuran perniagaan, yuran perlesenan dan permit, sewa premis perniagaan, bil telefon dan segala jenis perbelanjaan lain yang  diperlukan untuk operasi perniagaan dari sehari ke sehari.
  • Kos jualan dan pemasaran: Kos mencetak banner promosi, pengiklanan, yuran menyertai ekspo perdagangan, yuran penyertaan persatuan peniaga, kos dan elaun untuk berjumpa pelanggan dsb.nya
  • Upah dan gaji:  Gaji untuk diri sendiri, gaji pekerja, benefit, kos perubatan, EPF, SOCSO dll.

Perlu diingat, tak kiralah apa pun jenis perniagaan, pastikan anda memperincikan setiap jenis perbelanjaan yang dijangka diperlukan, bermula daripada proses mula cari idea/barang untuk start berniaga hinggalah ke peringkat anda dah bersedia untuk menjualnya kepada bakal pelanggan.

informasi perniagaan berkaitan:

berapakah modal diperlukan bagi perniagaan securities . senarai barang niaga burger . barang peralatan untuk berniaga . sekurang-kuranya berapa untung sehari kalau beniaga . modal yg diperlukan untuk bisnes online .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>