Berniaga Kecil-Kecilan

Tiap kali kalau terfikir nak start berniaga kebanyakan orang selalu fikir pasal halangan dan masalah. Antaranya berapa banyak duit nak pakai? Kat mana nak buka kedai? Berapa sewanya? Pekerja pulak macam mana? Berapa gaji pekerja? Kalau tak untung bagaimana?

Fikir punya fikir, last-last tak buka jugak bisnes tu.. betul tak.. Tapi tak  lama lepas tu bila ada orang lain yang dah start dan berjaya, mulalah kita pun merancang balik bagaimana nak memulakan perniagaan.. huhu…

Actually, memang betul kita kena fikir habis-habis dan buat perancangan dengan teliti sebelum kita mulakan perniagaan.  Tapi kita tak perlulah membuta tuli ambil risiko berhenti kerja dan terus sewa kedai untuk berniaga… tak semestinya begitu kalau nak jadi usahawan.

Nak berniaga nie ada bermacam cara – yang makan modal besar ada, dan yang tak besar sangat pun ada.

Tips berniaga dengan modal rendah ialah satunya kita tak perlulah sewa kedai.  Rumah kita pun dah boleh dijadikan ‘pejabat pemasaran’.  Yang pentingnya kenalah susun atur sikit untuk cari ruang untuk letak stok barang. In fact, kalau kita kaji balik, antara syarikat global seperti Google dan Amazon pun bermula secara kecil-kecilan dari rumah.

Untuk pemasaran pula gunakan internet.  Orang sekarang nie kan suka facebook. So, pandai-pandailah ‘mengayat’ dalam facebook tu untuk promote barang.

Selain facebook, gunakan cara lain seperti masuk ruangan forum untuk promosi barang. Satu lagi boleh juga gunakan start a businessemail.  Hantar email tentang stok barang yg kita ada kat kawan-kawan utk promote. Hantar jer kepada kawan-kawan dan minta tolong diaorang forwardkan kepada kenalan mereka yg lain pula.  Nie kira teknik pemasaran mouth-to-mouth ler… Lama-lama makin ramai ler target customer yang kita dapat.

Selain itu, bila ada masa di hari minggu pula, cari tempat-tempat crowd. Kalau ada peluang cuba promote stok barang kita kat tempat tersebut… siapa tahu mungkin ada yang nak beli..

Jadi bila kita start kecil-kecilan secara tak langsung kita akan berjaya mengurangkan risiko.  Kalau barang yg kita jual tu tak laku, kita boleh cari pulak barang lain yg dirasakan ada orang nak beli.

Yang pentingnya jangan give up… Lama-kelamaan pasti akan berjumpa satu perniagaan yg betul-betul menguntungkan… Hmmm.. masa tuh rasanya tak salah kalau kita nak berhenti makan gaji untuk concentrate full time kat bisnes tuh..

informasi perniagaan berkaitan:

perniagaan kecil-kecilan . berniaga kecil-kecilan . bisnes kecil-kecilan . bisnes kecil kecilan . usahawan kecil-kecilan .

Comments

  1. alil says

    terima kasih atas ingatan dan nasihat. semuga terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan inyaAllah akan ada amal kebajikan kerana ilmu yang bermunafaat telah ditaburkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>