June 20, 2013

Peluang Berniaga Tanpa Modal Untuk Usahawan Bumiputera

Kepada sesiapa yang ingin berniaga tetapi tak ada modal, ini ada satu jalan penyelesaian yang boleh diikhtiarkan.

Caranya ialah dengan membuat pinjaman TEKUN. Rasanya tentu ramai juga yang dah tahu pasal skim pinjaman ni. Walau bagaimanapun, rasanya elok juga kalau saya kongsikan di sini sebagai rujukan untuk mereka-mereka yang belum tahu lagi.

Cumanya, skim pinjaman Tekun nie hanya untuk usahawan bumiputera.  Dan berdasarkan pemerhatian ada juga sekumpulan usahawan yang merungut betapa susahnya nak dapat kelulusan bila memohon. Sebabnya dikatakan hanya penyokong parti politik tertentu saja yang akan dapat.

Hmmm.. mungkin ada kebenarannya kerana ada syarat pelik yg dikenakan iaitu setiap pemohon wajib mendapatkan sokongan daripada wakil rakyat kawasan tempat kita tinggal. Yang peliknya adalah wakil rakyat daripada parti tertentu saja yang sokongan dianggap sah…

Apa pun, Tauke harap janganlah kita jadikan itu sebagai alasan (jika benar itu syarat yang diwajibkan!).  Mohon jer.. mana tahu kalau ada rezeki diluluskan. Kalau tak dapat kita ikhtiar cara yang lain pula. Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan..

Yang penting kita usahakan sampai boleh dapat mana-mana pinjaman tu dan dengan itu dapatlah kita jadikan modal untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Harus juga kita ingat bahawa dana daripada skim pinjaman itu adalah duit rakyat. Jadi kita sebagai rakyat yang berniat jujur untuk memulakan bisnes tentulah layak untuk menerima manfaat daripada skim tersebut.  Jangan biarkan peluang ini terlepas kepada orang lain (yang daripada awal lagi tak berniat nak bayar balik pinjaman tu) semata-mata kerana kita emotional dengan isu politik.

Skim Pinjaman TEKUN

Objektif

Menyediakan kemudahan pinjaman mikro untuk keperluan modal kerja bagi membantu usahawan Bumiputera memula dan meningkatkan perniagaan.

 

Konsep Pinjaman

Berkonsepkan ‘Pinjaman Asas Simpanan’ di mana pinjaman yang disediakan digunakan sebagai modal tambahan untuk meningkatkan perniagaan yang sedia ada.  Sebahagian daripada hasil perniagaan yang diperolehi akan disimpan semasa membuat ansuran bayaran balik pinjaman TEKUN.

 

Jumlah Pinjaman                 : RM500 – RM50,000

Caj Perkhidmatan                : 4% setahun

Simpanan : 5% daripada jumlah pinjaman setiap tahun

Tempoh Bayaran Balik        : 1 bulan – 5 tahun

Perlindungan Insuran : Usahawan dilindungi di bawah Skim Insuran Takaful Berkelompok

small business loan

Syarat Kelayakan

  1. Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun.
  2. Mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  3. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pembiayaan di bawah RM5,000.00 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ] ).
  4. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak
    ( mobile ).
  5. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam  perniagaan. (Pembiayaan sehingga RM5,000.00 boleh dipertimbangkan  bagi pemohon yang berniaga secara sambilan ).
  6. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000.

 

Sektor yang layak

  • Peruncitan & Perniagaan
  • Perkhidmatan
  • Pertanian
  • Penternakan dan Akuakultur
  • Pembuatan
  • Pendidikan
  • Pengangkutan
  • Pelancongan / Rekreasi
  • Pemborongan
  • Pembinaan Kecil

Senang cakap semua sektor ekonomi dikira layaklah… asalkan tidak melanggar undang-undang.

 

Prosedur permohonan

  • Semua permohonan hendaklah dihantar terus kepada Pejabat TEKUN Nasional Kawasan Parlimen berdekatan dengan kediaman / premis / lokasi perniagaan.

informasi perniagaan berkaitan:

peluang berniaga . peluang perniagaan bumiputera . peluang perniagaan tanpa modal . peluang berniaga tanpa modal . pinjaman perniagaan bumiputera .

Comments

  1. Cara membuat kertas kerja/pengiraan untung rugi

  2. Rasyedy Bin Rahmat says:

    Saya ingin berniaga tapi tak cukup modal,

    harap dapat peluang dari tekun.

  3. sy nk memulakan perniagaan tapi blum cukup modal macam mana nk buat pinjaman apa syara yang terkini,dan proses berapa lama kelulusan permohonan

  4. Saya ingin membuka perniagaan kek dan bakery..tapi saya tidak mempunyai modal..saya mempunyai lebih 8 tahun pengalaman bekerja hotel dalam bidang pastry n bakery..
    harap2 dapat peluang daripada pihak tekun..

  5. saya nak mula perniagaan peruncitan kedai sendiri modal tak ada bolehkah saya buat pinjaman untuk memulakan perniagaan

  6. Muhammad Luqman says:

    Assalamualaikum semua.. Bile berbicara mengenai peluang perniagaan@ bisnes yang sememangnya patut diceburi semua, saya sarankan tuan2/puan2 menceburkan diri di dalam e-learning Score A.. Merupakan satu transformasi di dalam dunia pendidikan anak2 selaras perkembangan dunia ICT.. Apa yang penting, pulangan yang lumayan menjadi jaminan memandangkan perniagaan ini tidak bermusim dan tiada saingan, satu2nya di Malaysia di mana pendidikan dijadikan platform perniagaan.. Kepada sesiapa yang nampak peluang ini, bolehlah add saya di email: opluqman09@yahoo.com atau hubungi 0133261706. Jumpa anda di angkasa kejayaan~~ HEBAT HEY! Area KL dialu2kan

  7. sye nak buat perniagaan kecil, tapi saya tiada modal dan saya ingin membuat pinjaman tekun….. tapi saya tiada alamat atau no fon anda….

  8. Pengalaman dalam jualan dan pemasaran. kehabisan modal kerana cuti panjang akibat kemalangan jalan raya. boleh membangunkan pasukan jualan dan pemasaran secara langsung.kos sara hidup tinggi. Anak ramai.harap tuan dapat membantu cara. terima kasih.

    • Boleh saya tahu apakah pekerjaan yang anda lakukan sekarang?

      Apakah anda maksudkan dengan ‘habis modal’? Adakah Zayfah masih meneruskan perniagaan tu cuma secara kecil-kecilan kerana tak cukup modal.

      Memandangkan anda sudah ada ‘pengalaman’ dalam jualan dan pemasaran.. maknanya tidak susah untuk anda mencuba untuk jual ‘produk’ secara online.

  9. saya membuat tempahan kuih dan kerepek secara kecil2an di rumah..bagaimana cara nak mohon TEKUN?

  10. saya nak tanya sikit…macam saya sekarang ni bukak bengkel kereta di depan rumah..sekarang ni mps dah bagi warning kat saya sebab penduduk dah marah di sebabkan kesesakan jalan..dah dah berniaga selama 8 tahun..boleh kah saya membuat pinjaman ini untuk membuat modal kedai dan membesarkan perniagaan saya.tempat saya berniaga sekarang tak ada lesen dan permit sebab bengkel saya di dalam kawasan perumahan.

  11. asmlk…

    saya dan suami saya ingin membuka sebuah kedai makan,kecil pun ok,tak semestinya restoran,tetapi kami tidak mempunyai modal permulaan,tambahan lagi sewa kedai agak mahal.suami saya pandai masak dan pengalamannya sebagai tukang masak hotel agak lama.saya yakin akan berjaya jika membuka kedai makan di kawasn ini lebih2 lagi makanan untuk orang2 pantai timur asalkan masakannya sedap.perumahan sudah semakin bertambah dan ini akan menambahkan lagi jumlah penduduk.namun rata2 untuk membuat pinjaman pihak peminjam perlu ada 10% dari modal yg diperlukan dan itulah yg menjadi masalah kami.nak pinjam dengan kawan2 atau saudara-mara bukan satu jalan yg mudah.jd saya harap pihak tuan dapat memberikan sedikit idea macam mana nak keluar dari masalah ini.

  12. Miliki kedai francais dengan modal yang rendah.

    Kini sedang dibuka seluruh Malaysia, kedai dengan pelbagai jenis barangan termasuk produk organik, ubat-ubatan dan barangan keperluan seisi keluarga.

    Syarikat akan menanggung kos ubahsuai, deposit kedai, stok kedai, sewa bulanan, bil elektrik dan peralatan kedai.

    Rebut peluang keemasan ini dengan segera! Anda pasti mendapat pendapatan yang lumayan dan ianya boleh diwariskan.

    Bagaimana bermula?

    1) Yuran daftar (RM100)
    2) Modal RM5000 + RM10,000 (safe deposit-refundable)

    Berminat hubungi rizuan-0179371079/0139737836

  13. saya hendak memulakan perniagaan bakery di sabah tetapi tak cukup modal bagaimana hendak membuat pinjaman dari tekun?

  14. saya ingin membuka sebuah kedai makan yang berkonsepkan makan kelantan dan Johor.tetapi modal saya tak mencukupi.modal yang ada hanya cukup untuk membayar deposit kedai.Ini kerana sewa kedai di sini kebanyakannya Rm1500 ke atas.Boleh ke saya buat pinjaman tekun untuk menampung kekurangan modal untuk membuka perniagaan ini sedangkan saya belum berniaga.

  15. anakphg says:

    saya ingin memulakan perniagaan tetapi masalah yang saya hadapi ialah tiada modal,kedai,lesen perniagaan dan tentunya sukar bagi saya untk membuat pinjaman. walaupun saya ada pengalaman berniaga namun tidak cukup sekira tiada modal dan kedai sendiri….adakah pihak tuan boleh memberi nasihat atau cadangan kerana saya mmg dan teramat berminat untuk berniaga kerana keluarga saya adalah peniaga…harap pihak tekun boleh bg cadangan yang bernas

  16. saya ingin memulakan perniagaan makanan halal dikorea,memandangkan sgt susah mencari makanan halal disana,hati saya dan isteri tergerak utk memulakan perniagaan makanan halal disana, harap pihak mara atau tekun dapat membantu saya dari segi idea dan sedikit bantuan kewangan..utk pengetahuan pihak tekun,isteri saya mempunyai pengalaman dan diploma dalam bidang pengurusan perniagaan..semoga impian saya dan isteri akan menjadi kenyataan.terima kasih…

  17. Ahmad Mazwan says:

    Assalamualikum,

    Boleh ka saya pohon pinjaman untuk sewa tapak kedai untuk besarkan permintaan barangan berasaskan fiber glass, sekrang hanya buat dihapan laman rumah tapi disebabkan permintaan bertambah saya rasa perlu beralih ke ruang kedai yg lebih sempurna untuk memenuhi permintaan pelangan

  18. Salam..cmne sy nk dptkn info lbh lnjt?

  19. Saya dah ada borang tapi proses dia ssh gk nk penjamin la macam2

  20. aidil azri azlar says:

    Saya mulakn perniagan perkhidmatn kabinet dapur.saya kerap kecundang di sebabkn tak cukup modak.saya dah cuba buka kedsi sambutan mensrik tp saya tewas lg tiada pudingan modal

    Adakah cara cara untuk mencari modal.

  21. saya ada tempat berniaga,akan tetapi tiada modal

  22. hi,saya ada tempat berniaga,akan tetapi tiada modal

  23. salam,
    saya ingin memulakan bisness online dari rumah , tp tidak ada modal untuk memulakan nya , boleh kah saya hendak meminjam tekun juga , n bagaimana yer ,

  24. saya dan suami ank mulakan perniagaan ..van sekolah..untk makluman Puan/Tuan, suami saya dah pencen..saya tk layak buat loan bank..psl ada kereta dan rumah..boleh kah kami buat pinjaman tekun ni..dan bagaimana

    • Puan Sariah,

      Ya BOLEH. Yang pentingnya kena ingat bahawa kita mesti berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan perlu sentiasa berfikiran optimis.

      Ramai orang mengambil keputusan tak mahu cuba memohon pinjaman daripada agensi seperti TEKUN kerana beranggapan terlalu banyak dokumentasi dan birokrasi. Ramai yang bercakap itu pun mungkin sebenarnya tak pernah langsung mencuba.

      Saya pernah pergi ke salah satu pejabat TEKUN dan bertanyakan soalan-soalan seolah-olah saya ingin membuat pinjaman. Memang ada beberapa syarat dan perkara yang perlu dipenuhi, tetapi pegawai yang entertain bertindak profesional memberi tunjuk-ajar dan membantu sedaya mungkin.

      Isu utama yang saya perhatikan ialah berkenaan beberapa perkara dalam borang permohonan yang saya rasakan ramai yang tak tahu atau sebenarnya malas nak buat. Satu lagi ialah perlu dapatkan tandatangan/cop sokongan daripada ADUN kawasan.

      Samada permohonan akan diluluskan atau tidak, pada pandangan saya, perlu ada fakta-fakta yang boleh meyakinkan pihak TEKUN bahawa perniagaan perkhidmatan van sekolah yang ingin dijalankan itu mampu menjana keuntungan. Yang paling penting mampu menjana income untuk bayar balik pinjaman.

      Untuk memohon sekarang ni TEKUN dah sediakan versi online. Perlu isi beberapa butiran di sini dan katanya pihak mereka akan hubungi pemohon untuk janji temu/tindakan seterusnya.

      Walau bagaimanapun, saya lebih syorkan untuk pergi sendiri ke pejabat mereka yang berdekatan (boleh lihat senarai alamat pejabat negeri) dan masuk dan berjumpa dengan pegawai untuk mendapatkan penerangan dengan lebih jelas sebelum membuat sebarang permohonan secara rasmi. Taktik ini kadangkala tak membuahkan hasil sebab adakalanya kalau nasib tak baik, semua pegawainya keluar untuk berurusan di luar.

  25. salam Tauke….. saya dah ada perniagaan kecilan HomeSpa. sy usahakan di rumah.. alhamdulillah ada sambutan yg baik..

    Buat masa ini sy merancang untuk menyewa sebuah kedai yg sederhana luas untuk Spa saya… eset untuk spa sume telah mencukupi…cuma modal untuk sewa kedai sahaja dan penyelanggaraan tak berapa mencukupi.. jadi sy bercadang untuk membuat pinjaman di Tekun @ Mara…

    Selain kertas kerja..dan daftar perniagaan…apa lagi yg perlu tekun ambil kira untuk meluluskan pinjaman….?

    hari tu sy ade g tekun tapi dorang kata permohonan pinjaman terhad (ye ke..)dan sbrg penjelasan tidak diberitahu….. frust sgt..kecewa sgt..terus sy blahh..

    mungkin saya patut cuba sekali lagi.. masa tu teremosi ckit hehe sbb benar2 berharap. sy bukan dibesarkan dikalangan keluarga yg senang.. walau bagaimanapun sy punya kelayakan khusus dlm bidang ini dan pengalaman yg luas..

    sy bermula dari bawah dan ingin meluaskan perniagaan sy.. Kepada “sebahagiaan staff” khidmat pelanggan di pejabat Tekun. silalah berikan layanan yg baik untuk setiap pelanggan…

    oh ya Tauke.. tempoh bayaran pinjaman balik kepada TEKUN bermula dlm tempoh bile?

    • Salam Along. Wahh.. tahniah Along! Itulah yg kita mahu, berusaha.. usaha dan terus berusaha… bukannya hanya memasang angan-angan dan terus mencipta alasan.

      Syabas Along. Dalam perniagaan, mesti ada perancangan dan wawasan. Bukan pula saya hendak ‘menyekat’ semangat di tengah jalan, tapi saya harap Along kaji dengan teliti terlebih dahulu samada sudah betul2 bersedia untuk berkembang. Ambil risiko jika sudah pasti dan yakin dengan pertimbangan anda.

      Daripada apa yang saya tahu, tak perlu pun kertas kerja. Cuma kena isi beberapa borang sahaja. Bahkan maklumat-maklumat yang diminta dalam borang-borang tu pun rasanya dah mencukupi lebih-lebih lagi kalau nak buat pinjaman RM5,000 ke bawah.

      Untuk amaun pinjaman yg lebih dari itu, hmm.. mungkin kot kena buat kertas kerja. Nasihat saya kalau dah ada kertas kerja tu elok lampirkan sekali. Secara tidak langsung, menunjukkan anda memang dah buat ‘business planning’ dan betul2 serius dalam perniagaan yg diusahakan. Tapi kalau belum ada baik isi dulu borang dan hantar. Jika diminta barulah buat kertas kerja tu. Kalau tidak buang masa saja.

      Daftar perniagaan pun tak perlu hantar sekiranya pinjaman yang dipohon adalah tidak melebihi RM5,000. Tapi jika ada, lebih bagus malahan digalakkan untuk sesiapa pun yang nak berniaga.

      Selain dari borang2 yg lengkap diisi, perlu juga hantar sekeping gambar ukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan buku bank (muka surat pertama yg ada butiran no. akaun dan muka surat terakhir untuk melihat transaksi yg telah dikemaskini) dan salinan bil letrik/air/telefon untuk rumah atau premis perniagaan. Kalau sudah mula berniaga juga elok disertakan gambar perniagaan dan premis perniagaan (kalau kat rumah letak lah gambar rumah yg ada banner dsb.nya) sebagai bukti.

      Yang pentingnya juga sertakan sebutharga untuk kos peralatan jika tujuan pinjaman adaah untuk membeli peralatan dsb.nya dan salinan perjanjian sewa (rental agreement) atau surat kebenaran menyewa tapak, jika tujuan pinjaman termasuk untuk membiayai sewa premis sepertimana yang Along ceritakan.

      Semua borang2 tu boleh download daripada laman web TEKUN.

      Untuk pengetahuan Along, saya cuba emailkan borang2 berkaitan kepada anda. Tapi googlemail saya report bahawa alamat email yang anda berikan tu tak wujud.

      Hmm.. cerita pasal ‘frust dan terus blah’ tu ambil lah sebagai pengalaman dan pengajaran. Kalau dengar penerangan sampai habis, tentunya tak rugi. Maklumat yang diperolehi mungkin berguna untuk kemudian hari. Kalau dah ‘blah’ terus bukannya pegawai TEKUN tu rugi apa pun, yg ruginya kita…

      Masa kita ‘kecil’ mungkin tak ramai yang pandang. Tapi bila dah maju dan Berjaya masa tulah baru ada yang bukak mata. So, Along kena buktikan kepada semua. Along boleh!

      Kalau boleh saya ingin cadangkan juga Along banyakkan pemasaran (marketing). Guna Facebook, guna internet, buat blog (utk permulaan buat yang percuma dahulu) dsb.nya untuk war-warkan kepada orang-ramai untuk menarik lebih ramai pelanggan.

      Jika Along berminat, tolong emailkan butiran dan gambar2 menarik berkenaan HomeSpa Along tu kepada saya. Boleh saya letakkan di laman promosi perniagaan yang saya sedang usahakan.

      Perkembangan perniagaan dan pemasaran perlu seiring, jika tidak ‘modal’ yg dikeluarkan akan dimakan sedikit demi sedikit. Nanti akhirnya nak bayar sewa kedai dan beli bahan mentah pun tak lepas.

      Perhatikan ‘demand’ pasaran supaya Spa yang Along usahakan ada ‘keunikan’ dan tak perlu terlalu bersaing dengan spa-spa lain yg dah established. Contoh yg boleh saya berikan berdasarkan pemerhatian saya ialah urutan dan rawatan selepas melahirkan anak. Rawatan menguruskan dan menyegarkan badan selepas bersalin dilihat mempunyai permintaan tinggi.

      Tempoh bayaran balik tu antara 1 bulan ke 5 tahun, bergantung kepada jumlah pinjaman, jenis perniagaan dan budi bicara TEKUN. Saya pun tak tahu secara tepat, bila kena start bayar balik. Tapi yang saya tahu, jumlah pinjaman yang kita pohon tak akan kita dapat sepenuhnya, sebab TEKUN awal-awal lagi akan tolak ansuran untuk sekurang-kurangnya bayaran balik bulan pertama.

      Okey Along… diharapkan penerangan saya ni sedikit-sebanyak dapat membantu. Yang penting, jangan putus asa. Cuba dan terus mencuba kay..

  26. saya nak buka hardware,sbb susah nak cri hardware elektrik area shah alam dan pada masa yang sama saya telah mmbuat reserch.
    1- modal besar,adakah tekun boleh bagi?
    2-pengalaman tiada,ada tak program latihan dari tekun?
    3-adakah bayaran balik pinjaman selepas perniagaan stabil @ bayar on time?

Speak Your Mind

*