Rahsia Usahawan Berjaya

Kebanyakan orang tidak tahu tahu kenapa dia perlu berniaga.  Untuk apa dia berniaga sebenarnya?

Jawapan biasa ialah sebab nak KAYA la… Orang lain berniaga boleh jadi kaya, jadi aku pun nak kaya juga..!

Memang tak salah pun kalau kita nak ikut orang lain berniaga dengan matlamat nak jadi kaya. Tapi kita jangan terlalu taksub sangat sampaikan kita hanya nampak matlamat duit semata-mata.

Dan yang paling pentingnya, kita jangan ingat semua orang yang berniaga akan jadi kaya dan senang. Ada gak yang makin susah. Ada yang dah sampai tahap nyawa-nayawa ikan pun ada. Semuanya gara-gara lupa nak merancang strategi dan lupa nak mempersiapkan diri sebelum menceburi perniagaan.

Seorang peniaga atau lebih tepat lagi seorang usahawan yang baik dan bermotivasi tinggi adalah usahawan yang berniaga kerana minat.

MINAT memang sangat-sangat penting, sebabnya selalunya bila dari peringkat awal lagi dah berhadapan dengan masalah dan bila keuntungan yang diharapkan tak dapat-dapat. Asyik rugi jer setiap hari, maka masa tu kalau takde minat memang lama-lama bisnes yang diusahakan akan bungkus.

Seorang usahawan yang sebenar berniaga untuk menjana untung dan pada masa yang sama sentiasa membantu orang  lain seperti para pekerja dan pelanggan yang memerlukan bantuan. Usahawan sebegini menawarkan produk atau perkhidmatan yang bermanfaat untuk orang lain melalui perniagaannya.

Jangan terlalu sangat memikirkan soal keuntungan pada peringkat awal, cuba beri masa untuk kita belajar lama-kelamaan pastinya keuntungan akan datang sendiri apabila pelanggan berpuas hati menggunakan produk atau perkhidmatan yang kita sediakan.

Usahawan hendaklah sentiasa berfikiran kreatif, dgn mencipta kelainan. Bagi setiap perkara yang kita lihat, ada bermacam- macam cara lain untuk melihatnya. Bagi setiap cara untuk melakukan sesuatu, ada bermacam-macam cara lain untuk melakukannya. JANGAN MUDAH PUTUS ASA.

usahawan berjaya

informasi perniagaan berkaitan:

rahsia usahawan berjaya . motivasi usahawan berjaya . rahsia perniagaan berjaya . motivasi usahawan . rahsia usahawan .

Comments

  1. arif says

    hai,selmt sejahtera,sya dlm kesusahan modal,sya buat kontrek,tapi sya asyik rugi je,tapi sya tk putus asa.sya tengah fikir,nk ubah cara bisnes sya,,apa tips sya boleh lakukan.syrikta sya rila sinar resources,ingin minta bantuan dato,modal nak baut bisnes baru

  2. says

    saya ada beberapa kedai sewa dan homestay ditepi jalan besar.masalah sekarang saya sedih sebab dah dua tahun bisnes bermula tetapi saya sentiasa tak ada duit sebab banyak sangat urusan,dikurniakan anak yang comel menyebabkan semakin kurang masa untuk uruskan perniagaan.rasa-rasa nak jual aje perniagaan.Perniagaan sangat maju kerana persekitaran yang baik.bila dikenang permulaan niaga saya hanya sewa kedai kecil jual makanan dengan tiga biji meja aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>