Tabung Usahawan Siswazah Buka Peluang Untuk Usahawan Muda

Saya ingin berkongsi maklumat mengenai dana pinjaman khas untuk usahawan muda nie yang dikenali sebagai Tabung Usahawan Siswazah (TUS).

Dana TUS ini merupakan pembiayaan mudah bagi memulakan perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian dan juga bagi para graduan yang telah mempunyai perniagaan sedia ada menambah modal untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Mula-mula tu ada juga saya terfikir bahawa mungkin ramai yang dah tahu mengenai tabung usahawan siswazah nie memandangkan dana ini telah diwujudkan sejak Rancangan Malaysia ke-9  lagi.

Namun lama kemudian, terfikir pula tak ada salahnya kalau saya nak kongsikan maklumat sebegini, sebab biarpun dirasakan dah ramai yang tahu tetapi mungkin masih ada segelintir yang belum tahu dan kemungkinan memberikan manfaat kepada yang berhasrat.

Untuk makluman, peruntukan pinjaman ini telah diwujudkan untuk menggalakkan lebih ramai lepasan diploma dan ijazah untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Terbuka kepada pemegang Diploma dan Ijazah (dalam dan luar negara) Bumiputera dan bukan Bumiputera yang dana usahawan mudatamat pengajian tidak lebih dari 15 tahun dari IPTA/IPTS yang diiktiraf MQA.
  2. Berusia tidak melebihi 40 tahun.

Jumlah Pinjaman

  1. Pembiayaan dari RM20,000 hingga RM500,000.
  2. Pembiayaan sehingga RM750,000 boleh diberi bagi pengambilan-alihan syarikat sahaja (untuk pembiayaan aset tetap sahaja).

Terma Pinjaman

  1. Kadar keuntungan (tokokan) 4% setahun baki bulanan. (Sila tinggalkan email dalam ruangan komen untuk jadual pembayaran).
  2. Maksimum tempoh pembiayaan TUS diberikan sehingga 10 tahun atau sehingga 20 tahun (untuk bangunan/premis perniagaan sahaja).
  3. Tempoh pernafasan juga boleh dipertimbangkan sehingga maksimum 48 bulan.
  4. Pembiayaan maksimum boleh diberikan sehingga 100% bagi pembiayaan kurang dari RM100,000 dan 90% bagi pembiayaan melebihi RM100,000.
  5. Firma perseorangan, perkongsian dan syarikat Sdn Bhd boleh memohon TUS.
  6. Semua jenis perniagaan adalah dibenarkan kecuali pelaburan hartanah dan industri Primary Agriculture.

Jaminan (Guarantor)

  1. Tiada Penjamin diperlukan untuk (i) pembiayaan untuk membeli bangunan/premis perniagaan dan/atau (ii) pembiayaan yang tidak melebihi RM100,000.
  2. Bagi pembiayaan melebihi RM100,000, penjamin hanya menjamin sebanyak 20% daripada bahagian pembiayaan yang melebihi RM100,000 sahaja.
Cara Untuk Memohon
  1. Bagi pemohon yang tiada pengalaman dalam perniagaan, perlu daftar dan  hadiri kursus anjuran INSKEN.
  2. Bagi pemohon yang telah berniaga dan beroperasi melebihi dua tahun tidak perlu menghadiri kursus anjuran INSKEN dan proses penapisan (screening) di INSKEN.
  3. Pemohon boleh mengemukakan Rancangan Perniagaan kepada cawangan SME Bank yang berhampiran dengan projek.
  4. Pendaftaran kursus boleh dibuat secara online di www.insken.gov.my
  5. Selesai kursus, pemohon diminta mengemukakan 5 salinan Rancangan Perniagaan kepada pihak INSKEN.
  6. Proses penapisan (screening) akan dianjurkan oleh pihak INSKEN dan pemohon diminta membuat pembentangan Rancangan Perniagaan. (Pemohon yang beroperasi di Sabah/Sarawak diberikan pengecualian daripada menghadiri proses penapisan (screening) di INSKEN.
  7. Sekiranya Rancangan Perniagaan memenuhi syarat Dana, kertas cadangan Rancangan Perniagaan akan dimajukan kepada cawangan berdekatan projek.
  8. Cawangan akan menilai permohonan dan memberi maklumbalas dalam tempoh terdekat.

informasi perniagaan berkaitan:

tabung usahawan siswazah . usahawan muda . pinjaman usahawan muda 2014 . skim usahawan siswazah . pinjaman untuk graduan memulakan perniagaan .

Comments

  1. Clement Chong says

    Dear Sir/Madam,

    Good Evening.
    I would like to start a business and I do not have much capital. Is that I can apply for this (TUS)?

    I’m Chinese from Penang.

    Thank You

    Regards,
    Clement Chong

  2. Del Adrian says

    Saya ini bertanya. Sekiranya saya memerlukan modal dalam rm60 ribu untuk ambil alih perniagaan bukit kecantikan adakah saya layak untuk membuat pinjaman ini?
    Saya mempunyai sijil dari akademi yg berdaftar dgn SKM dan dalam proses untuk mendapatkan sijil SKM tahap I dan II.

  3. Syaaban Abd Majid says

    sy graduan diploma perakaunan dri KIPSAS,
    berhasrat membuka perniagaan,
    kurang pengetahuan & modal…. bagaimana?

  4. nursuryani abdullah says

    sy graduan lepasan diploma,berhasrat membuka perniagaan dan memerlukan modal…ape yg ptut sy lakukan…thank u..

  5. salwani bt arshad says

    sya graduan ijazah.uum.marketing.thn 2007.amat berminat untuk membuka perniagaan dan memerlukan modal..apa yg sya patut mulakan n bagaimana caranya. tq.

  6. Shahrul Hairi Bin Jamaludin says

    Assalamualaikum. Saya akan tamat diploma pada penghujung tahun 2014. Saya nak pergi kursus TUS ni. Boleh tak saya apply dana bila saya habis belajar nanti? Tolong email pada saya

  7. azfar says

    bagaimana sy ingin memohon pinjaman ini?..boleh tolong berikan website kepada saya untuk mengetahui cara selanjutnya membuat pinjaman ini..cara untuk mendaftar pinjaman tersebut..

  8. Siti Aminah Binti Awang says

    Saya berminat untuk memohon pembiyaan ini. Adakah ia boleh untuk tujuan perniagaan franchaise? Apakah jenis kursus yang perlu saya hadiri di INSKEN untuk tujuan ini?

    Terima Kasih.

  9. Mohd Shahrul Bin Mohd Rosdi says

    good evening…
    sila lampiran pembayaran TUS bagi pinjaman siswazah untuk perniagaan.. saya amat memerlukan kerjasama dari pihak tuan…
    terima kasih…

  10. nik says

    isteri saya lepasan ijazah tahun 2006,dia berminat untuk buka ladang tapi xda tanah,modal dan pengetahuan,mcm mn?

  11. lyana says

    Sy lepasan diploma, tiada pgalaman, tiada modal dan masih bru dlm dunia perniagaan … perlula mendapatkan permit untuk memulkn perniagaan,? Pls emel sy bgaimana sy perlu rujuk utk memulakan perniagaan

  12. manz says

    saya ingin memohon modal sebanyak rm 300 ribu utk memulakan perniagaan saya…dan saya adalah lepasan graduan ijazah sarjana muda perniagaan…berapakah kadar faedah dan tempoh bayar balik pinjaman tersebut…

  13. Muhammad Ikhwan says

    Salam, saya berminat untuk memulakan perniagaan sendiri, harap saudara boleh emelkan maklumat lebih lanjut kepada saya. Saya graduan ijazah sarjana muda dalam perakaunan. Thanks bro!

  14. asrul andy says

    Emailkan sy jadual pembayaran dan apa syarat2 utk pinjaman. Sy ingin memulakan perniagaan printing dan sy perlukan modal

  15. iskandar zulkarnain azmi says

    lepasan diploma dan Dan mahu kembangkan perniagaan ibu saya iaitu karipap frozen, tapi takda modal. Hopefully you explain to me in my email. Tq so much

  16. nur faiqah says

    Saya ingin membuat pinjaman modal sebanyak rm30000 sebagai modal permulaan perniagaan.Boleh emailkn terma & syarat ? sekarang saya bekerja di syarikat swasta

  17. rosnila says

    assalam..saya ada buka satu bisnes kecil-kecilan menjual tayar yang beroperasi di sabah. bagaimana cara utk saya apply TUS ini dan pada siapa saya boleh berhubung berkaitan perkara ini di sabah?

  18. suhaniza sairan says

    Sy lepasan ijazah dari ukm lebih kurang setahun. Sudah memulakan perniagaan selama 7 bulan. Memerlukan bantuan keewangan untuk menambah modal perniagaan. Minta jasa baik pihak tuan untuk email prosuder permohonan. Terima kasih

  19. norsyahirah says

    sala . saya merupakan pelajar ijazah di uniten mengambil kos akaun dan ingin membuka perniagaan tetapi tiada modal .. bagaimana ye ?

  20. NOORSARINAWATI AHMAD SABRI says

    Saya lepasan Diploma dr UiTM Shah Alam dalam bidang perfileman. Saya berminat untuk membuka perniagaan Bakery @ Cafe. Sila email ke sy secara detail tentang cara permohonan pinjaman serta sistem pembayarannya. Terima Kasih.

  21. lim yeen li says

    Hi,

    May i have more details on this TUS & jadual pembayaran & T&C for this>
    Kindly send to my email address.

    thanks.
    Ms.Lim

  22. Nazrie Bakri says

    Salam sejahtera, saya pelajar Ipts yang akan tamat belajar dalam masa 6bulan. Saya memerlukan lebih penerangan. Terima kasih .

  23. Charles Thien says

    Saya merupakan pelajar lulusan diploma dalam Kejuruteraan Awam UTM. Saya ingin memulakan perniagaan sendiri tetapi tidak berlandaskan dengan apa yang saya belajar sewaktu di bangku U. Saya ingin memulakan perniagaan restoran tetapi tidak tahu pilihan mana yang patut diambil untuk membuat pinjaman. Seperti saudara nyatakan di atas mengenai pinjaman peribadi adalah kurang efektif dalam ingin memulan pinjaman perniagaan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Oleh sebab itu,mohon jasa baik tuan untuk menghulurkan informasi yang membangun untuk terus menyokong generasi2 muda seperti kami untuk terus melangkang ke satu tapak yang baru. Mohon emailkan procedure untuk mendapatkan pinjaman bumiputera ini dan jadual pembayaran dan lain-lain maklumat yang berkaitan. Diharap jasa baik tuan boleh membantu kami merealisasikan impian anak2 muda seperti saya ini. Sekian,Terima Kasih.

  24. asmilah says

    Saya asmilah hendak bertanya saya graduan design n nak buka satu perniagaan design atau pembuatan melalui kaedah dengan menggunakan paper.bolehkah saya mendapat modal dan boleh bagi tahu saya cara bagaimana.

  25. hazilizan says

    salam..
    boleh tolong emailkan jadual pembayaran balik…saya ingin membuka perniagaan kedai dobi

    terima kasih

  26. azrol says

    salam admin plz email kpd saya tus nie berminat sbb ada diploma dh 4 tahun berniaga dan mahu tambah capital…pm detail

  27. nurul izzaty says

    salam sejatera,

    saya ingin memulakan perniagaan makanan bergerak.. boleh berikan details dan jadual pembayaran

  28. sitra subramaniam says

    selamat petang, saya berminat untuk berniaga dan sila emailkan jadual pembayaran untuk rujukan saya

    terima kasih

  29. Nur Alia says

    Diharap tuan boleh email kan jadual pembayaran TUS dan bagaimana untuk saya hubungi pihak tuan.. saya mempunyai Diploma dan saya ingin membeli syarikat percetakan.

  30. yus says

    Sy tlh menjalankan perniagaan persendirian ( hoMemade bakers) selama 2 1/2 tahun . Sy bercadang utk memperluaskan perniagaan saya dgn sambutan yg amat memberansangkan.

  31. Emma Nazura says

    Sy sudah memulakn menjual rotI sudah 3 bulAn. ..Tp ingin mengembang kn bisnes dgn membukA kedaI berikutan permintaan roti yg smkin bertambah tetapi kekurangan modal..Bagaimanana pihak tuan membantu saya…

  32. fadhli says

    saya ingin membukak syarikat pembuatan kotak kotak harian seperti kfc,mcd,dan berkenaan tapi tidak mempunyai modal utk membeli machine tersebut ada sapa2 boleh bantu atau menjadi partner
    boleh hubungi 0173198442 (emel kan saya jadual bayaran balik pinjaman) TERIMA KASIH…

  33. says

    salam. sy suhaimi lepasan diploma UTM berminat membuka mini market serta kedai serbaneka rm2 di tempat saya di Besut TRG. Sy mempunyai 3pintu kedai milik sy sendiri. Modal diperlukan rm350k. Tlg bagi sy jadual bayaran balik n langkah yg perlu sy buat utk dapatkn pinjaman. E-mail sy.

  34. sue says

    Saya baru saja menamatkan degree dan berhasrat membuat pinjaman untuk membuka perniagaan..tolong email kan details TUS.. tq..

  35. Norhafiezah Mohd Asheri says

    As salam

    Saya telah berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang yang diceburi dan berminat untuk membuka bisnes dalam bidang tersebut. Saya merupakan lepasan ijazah dan berumur 32 tahun, saya belum lagi mempunyai sebarang perniagaan, berharap pihak admin dapat memberi details selanjutnya.

    Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>