Untung Jual Burger

Kekadang bila difikir-fikirkan sebenarnya banyak peluang perniagaan yang boleh kita usahakan hanya dengan berbekalkan sedikit modal.  Contoh yang paling jelas ialah membuka gerai burger.

Mari kita lihat potensi keuntungan daripada hasil jualan burger.

Anggaran kos untuk 100 biji burger:

Roti burger, beli ikut paket… 1 paket @ RM2.50 (tengok brand), so untuk 100 biji kena beli 10 paket jadi jumlah kos RM2.50 X 10 = RM25.00.

Daging/Ayam burger, beli ikut paket… 1 paket @ RM3.50 (tengok brand juga), so untuk 100 biji kena beli 10 paket jadi jumlah kos RM3.50 X 10 = RM35.00.

Sayur-sayuran seperti timun, bawang, tomato dsb.nya, anggaran kos lebih kurang RM10.00.

Telur, tak perlu beli seratus biji untuk seratus burger sebab bukan semua customer akan minta burger special yang ada telur.  So, katakan beli 30 biji saja. Harga sebiji 30 sen, so 30 biji X RM0.30 = RM9.00.

Sos cili, sos tomato dan mayonis, anggaran kos bahan-bahan ini untuk buat 100 burger lebih kurang RM20.00.

Kertas pembalut, tisu dan beg plastik, anggaran kos RM10.00.

So, jumlah keseluruhan kos untuk 100 burger ialah:

RM25 + RM35 + RM10 + RM9 + RM20 + RM10 = RM109.00

Selalunya orang meniaga burger ni (especially part-time) buka pada sebelah petang hingga ke malam.  Contoh waktu perniagaan 6 ptg – 12 mlm atau 8 mlm -1 pagi dsb.nya bergantung kepada permintaan dan hari biasa atau hari minggu.

Kita andaikan purata tempoh perniagaan ialah 4 jam sehari (8 mlm hingga 12 mlm).  Dalam sejam berniaga, rasanya tiada masalah untuk menjual 25 biji. So, untuk 4 jam jumlah burger yang dijual = 25 x 4 jam = 100 biji.

jual burger

Jumlah jualan ini sebenarnya bergantung juga kepada lokasi.  Kalau dapat lokasi strategik seperti di kawasan taman perumahan yang ramai penduduk @ pelajar ataupun di hadapan kedai 24-jam (contohnya 7-eleven) tentu 25 biji sejam tiada masalah.  Selain itu, di awal pembukaan gerai mungkin sangat kurang jualan.  Tapi lama-kelamaan bila ramai orang dah tahu bahawa di situ ada dijual burger, potensi pelanggan akan turut meningkat!

So, katakanlah dapat jual 100 biji setiap hari.  Harga purata sebiji ialah RM2.50, jadi jumlah jualan sehari = RM2.50 x 100 = RM250.00.

Berapa untungnya?  RM250 – RM109  = RM141 !

Katakan juga berniaga 6 hari dalam seminggu (cuti sehari cukuplah kan).  So, sebulan = 6 x 4 minggu = 24 hari berniaga.

Untung sebulan = 24 hari x RM141 = RM3,384 !! Memang untung jual burger nie (kalau pandai urus duit ler)

So, jangan pandang ringan pada potensi meniaga burger ni. Sekiranya kita rajin berusaha, insyaAllah satu hari pasti akan berjaya.

Teringat lak Tauke sewaktu zaman lepas SPM dulu, ada berkongsi dengan dua orang lagi kawan untuk buka gerai burger.. memang masyuk.. dan kebiasaannya pula time orang tengah azan solat asar/maghrib hmm.. waktu itu lah juga ramai yang beratur nak beli burger.. sampaikan ada yang terlupa/terlepas waktu sembahyang.. adehhh..

informasi perniagaan berkaitan:

jual burger . perniagaan burger . idea perniagaan . modal jual burger . berniaga burger .

Comments

  1. Angel says

    Nie bahan mentah dia punya modal , kalau gerai plak …… berapa pula harganya ………. leh kasi anggaran tak ………saya minat nak start jual burger nie ……….

    • tauke says

      Stall burger yg stainless steel siap dengan kabinet kaca saya pernah tengok ada orang offer dalam mudah.my harga lebih kurang RM1,000. Saya dah tak ingat apa link untuk ke situ, kalau tidak boleh saya letak kat sini. Cuba ko cari dalam mudah.my tuh mungkin jumpa. Lagi satu boleh juga check dalam ebay malaysia ker ataupun lelong.com. Yg pentingnya confirm betul-betul dengan seller baru bayar, silap-silap duit lesap barang tak dapat. Kalau pandai negotiate harga kasi turun lagi lagi cantik!

      Kalau yang baru rasa-rasanya mau cecah RM1,500. Tak sure sangat sebab dah lama tak menjelajah kat kedai machinery supplier ni.

  2. says

    kalau kat pasar malam, dorang jual berger guna meja lipat pun boleh..dapur yg dorang guna tak taula pulak nak citer macamana kat sini tapi yg pasti dorang guna meja lipat je tak guna stainless steel stall.

  3. shafyy says

    slm…sy perlukan nasihat n pertolongan kawan semua..sy nak buka burger stall kat kaki lima dpn kedai runcit pada sebelah mlm smpai pagi,,jd sy nak rujukan kertas kerja untuk mohon pada majlis daerah..pastu sy juga perlu rujukan kertas kerja burger stall…

  4. says

    Wah. dalam diam 3k pendapatan setiap bulan. Tapi pelik kenapa sebab tengok penjual burger ramai tak kaya. Ada satu sebab, sebab pertama, kiraan tu cuma anggaran dan purata. Contoh la kita pilih tempat paling strategik. Tidak semestinya orang akan beli setiap hari. Belum masuk keadaan cuaca mungkin hujan. Lagi satu burger bukan keperluan, tapi cuma kehendak. Ini pendapat saya la sebab saya selalu juga beli burger di tempat yang sama. Jadi nampak bisnes tu macam mana.

  5. Ummi says

    Opinion atas Naziman Blogger komen : sy rasa artikel ni mmberi semnagt pada yang mahu bka prniagaan. wlaupun ade risiko2, tu mmg lumrah perniagaan..yang penting yakin rzeki Allah Maha Kaya ade di mana2 yang penting berusaha..buat solat hajat,solat dhuha,doa..jd kpd yg smengat tu, jgn jadi lemah smgat apabila fikir risiko. selamat berusaha!!!
    -sy pun berminat cuma xde transpot, modal n kpkaran lagi.inslh suatu masa nti..

  6. ady fexre says

    trima ksih….sya pun memang mau jual burger sendiri…..tpi x tau camna cranya…tpi lps bca info di atas nie…sya dh tau cranya…insyaallah m’jadi….

  7. Abdul Hadi says

    saya ada setor burger nak di jual kerana saya buat setor baru berbumbung. kalau berminat boleh hubungi saya 0133137823. nak di jual tu kena guna payung. harga boleh di runding

  8. ramzan says

    Assalam,

    Sesiapa yang ingin berniaga burger tapi tak ada modal boleh contact saya. Saya bagi modal sepenuhnya, kedai burger anda punya! Anda tauke bukan saya. Kita bincang…

  9. amirul says

    Sape nak jual bege bakar? Dibawah Belia Burger..
    Hya byr kos gerai dan deposit barangan..smua rm3000..
    Brang2 niaga hya call dan kami hantar terus ke tmpt anda..lengkap dan pakej phantaran..call 018-2157153

  10. shah ferioo says

    Saya peniaga burge, mmg betul apa yg dikirakan dia atas. tapi sy nak bagi tip skit. kalau nak bukak burga cr tempat yg tiada saingan n sy memilih tempat2 yang strategik seperti tempat orang cina or melayu ramai, terutama sekali di dekat dengan kawasan kedai makan cina or mamak. sbb orang yg minum bear or liquer ni akan cepat lapar.

  11. Tak paham says

    Saya pernah jual burger
    memang boleh tahan sambutan jual burger nie
    tapi kena pastikan tempat tu strategik..dan buat kelainan sikit pd burger kita tu
    nomor satu kualitas burger tu mesti sedap dan kemasan menarik…
    klw rajin memang boleh dpt 2000-3000/ month

  12. says

    salam, 1 malaysia, saya ada berita baik untuk anda. nak melabur??, tapi takut modal lebur?? kenapa cari biznes yang kabur. mari join kami!!!
    kami bantu anda, real company!!! teramat-amat senang, ada perjanjian guaman, dapat kereta mewah idaman anda, duit lagi, bnyak lagi laaa keistimewaaan, jom sertai kami, wssup 0148655646.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>